BIOGRAFI LENGKAP IMAM SYAFI’I

Biografi Lengkap Imam Syafi’i r.a. (150H –204H ) 
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin
Al-Saibbin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abdal-Muttalib bin ’Abd Manaf bin
Ma’n bin Kilab bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr binMalik bin Al-Nadr bin Kinanah
bin Khuzaimahbin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizarbin Ma’d bin ‘Adnan
bin Ud bin Udad.Keturunan beliau bertemu dengan titisanketurunan Rasulullah
s.a.w pada ‘Abd Manaf.Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman
yang masyhur.
Penghijrahan ke Palestina Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya
telah berpindah ke Palestina kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di
dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan Kehidupannya Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di
Ghazzah – Palestina pada tahun 150Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan
bapak- nya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai
seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan
kesulitan.


PENGEMBARAAN IMAM AL-SyAFI’I

Hidup Imam As-Syafi’i (150H – 204H ) merupakan satu sisi pengembaraan yang
tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap
pembentukan criteria ilmiah dan popularitasnya. Asy-Syafi’i di Makkah ( 152H –
164H )

Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika
itu beliaudibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari
Ghazzah, Palestina keKota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di
sana.Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke
perkampungan BaniHuzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa
penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran
bahasa ibunda mereka Dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan
integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara
lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah Latihan
Perang Berkuda). 
Kehidupan
beliau diperingkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).Sebagai
hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di
Sampingi lmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang
dariperkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa
mahaguru di Kota sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan
kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya
yaitu Muslim binKhalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan
umur beliau masih lagi diperingkat remaja iaitu lima belas tahun.


Asy-Syafi’i di Madinah (164H – 179H)

Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau
berdampingdengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam
Malik wafat pada tahun 179H, yaitu selama lima belas tahun.Semasa beliau
bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota
itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari
sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi
ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal
dikota itu.


Asy-Syafi’i di Yaman ( 179H – 184H )

Ketika Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gubenur
Yaman.Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah
supayamencari pekerjaan bagi Asy-Syafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan
satu pekerjaan diwilayah Najran. Sejak itu Asy-Syafi’i terus menetap di Yaman
sehingga berlaku pertukaran Gubenur wilayah itu pada 184H. Pada tahun itu satu
fitnah ditimbulkan terhadap diriAsy-Syafi’i sehingga beliau dihadapkan ke
hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gubenur baru itu yang sering
menerima kecaman Asy-Syafi’i kerana kekejaman . Tetapi ternyata bahwa beliau
tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.


Asy-Syafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )

Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar
kepadaAsy-Syafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang
terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani,
seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain
tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. 
Dengan peristiwa itu terbukalah satu era
baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku
sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.Dalam pengembaraan pertama
ini Asy-Syafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa
ini(184 – 186H) beliau sempat membaca kitab kitab Mazhab Ahl al-Ra’y dan
mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani,
disamping membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun
Al-Rashid sendiri.


Asy-Syafi’i di Makkah ( 186H – 195H )

Pada tahun 186H, Asy-Syafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya
diYaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari
sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah
membawa satun afas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan
bukan pula Iraqi danYamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu.
Sejak itu menurut pendapatsetengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru
yang kemudiannya dikenali denganMazhab Asy-Syafi’i.Selama sembilan tahun (186 –
195H) Asy-Syafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para
ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk
melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering
bertentangan yang beliau temui selama masa itu.


Asy-Syafi’i di Baghdad ( 195H – 197H

Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Asy-Syafi’i berangkat ke kota Baghdad.
Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, sebagai
seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang
tersendiri.Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap
di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).

Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang
berbeda dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu
menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang
kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan
oleh tokoh utama Mazhab itu, yaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.Kata
Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-
Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Asy-Syafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”. Kata Abu Thaur : “Kata Asy-Syafi’i
: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu
maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah
menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum,
dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami
tanyakan beliau …”Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya
yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa
penulisan lain dalam bidang fiqih dan lain-lain.


Asy-Syafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )

Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada
tahun198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa
bulan sahaja.Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke
negara itu dalam tahunitu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke
akhir hayatnya pada tahun 204H.Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas
Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dandiusaha-kembangkan oleh para
sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.
FATWA-FATWA
IMAM ASY-SYAFI’I
Perpindahan
beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan
perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama
berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqihnya yang beliau hasilkan di
Baghdad  direvisi kembali.Dengan ini terdapat dua fatwa bagi
As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lama ialah segala fatwa yang
diucapkan atau ditulis semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa
yang diucapkan atau ditulis ketika semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang
dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa
barunya dinamakan dengan Mazhab barun atau Qaul Jadid.
Di
sini harus kita fahami bahawa tidak semua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya
dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa
barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang sama dengan yang lama.
Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu
ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan pada umumnya saja”.
PARA
SAHABAT IMAM ASY-SYAFI’I
Di
antara para sahabat Imam Asy-Syafi’i Rohimahulloh yang terkenal di Al-Hijaz
(Makkah dan Al-Madinah) ialah :-
  • Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun
    219H.
  • Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Asy-Syafi’i.Tidak
    diketahui tarikh wafatnya.
  • Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi
    ‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
  • Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
  • Sementara
    di Iraq pula kita menemui banyak para sahabat Imam Asy-Syafi’i yang terkenal,
    di antara mereka ialah :-
  • Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada
    tahun 241
  • Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
  • Abu
    Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
  • Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H
  • Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
  • Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh
    wafatnya.
  • Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
  • Al-Husain
    Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
  • ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
  • ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
  • Di
    Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat
    Imam Asy-Syafi’i,seperti :-
  • Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada
    tahun 264H.
  • Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun .
  • Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
  • Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
  • Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
  • Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada
    tahun268H.
  • Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.

Dari
usaha gigih mereka, Mazhab Asy-Syafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh
rantau Islam dizaman-zaman berikutnya.
PERKEMBANGAN
MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’I
Menurut
Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Asy-Syafi’i telah berkembang dan menjalar
pengaruhnya dibanyak wilayah, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara
Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di
Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman,Hijaz, Iran dan di negara-negara
timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.Penyebaran yang
sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana
kewibawaan peribadi Imam Asy-Syafi’i Rohimahulloh sebagai seorang tokoh ulama
dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqih yang menyebar ke
seantero wilayah dari zaman sampai saat kini.
IMAM
ASY-SYAFI’I  DAN  KITABNYA
Permulaan
Mazhabnya
Sebenarnya
penulisan Imam Asy-Syafi’i secara umumnya mempunyai pertalian yang rapat dengan
pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa pembentukan Mazhabnya
hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke Baghdad pada tahun 186 H.
Sebelum itu Asy-Syafi’i Rohimahulloh .adalah salah seorang pengikut Imam Malik
Rohimahulloh yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’
Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang
sebegini meyebabkan beliau  terkanal dengan panggilan “Nasir
Al-Hadith”.
Detik
terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halaqoh)
di MasjidAl-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu boleh di
bagi kepada tiga faset :
·
Fase 1. di Makkah (186 – 195H)
·
Fase 2. di Baghdad (195 – 197H)
·
Fase 3. di Mesir (199 – 204H)
Dalam
setiap fase diatas beliau mempunyai banyak murid dan para pengikut yang telah
menerima dan menyebarkan segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.
Penulisan
Pertamanya
Memang
agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Asy-Syafi’i
Rohimahulloh dan dimana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya
dalam Ilmu Fiqih dan di mana? Kesulitan ini adalah berpuncak dari tidak adanya
keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. dan pulangnya semula ke tempat asal
tambah menyulitkan lagi untuk  menentukan di tempat mana beliau
memulai usaha penulisannya.
Sesudah
mengamati beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh sejarah hidupnya,
hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahwa kitab “Al-Risalah” adalah ditulis
atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, yaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul,
keterangan inipun tidak  menyebutkan apakah kitab ini merupakan hasil
penulisannya yang pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang
dihasilkannya. Di samping adanya persilisihan pendapat di kalangan ‘ulama
berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di
Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika
berada di Iraq.
Kata
Ahmad Muhammad Shakir : “Asy-Syafi’i telah mengarang beberapa buah kitab yang
jumlahnya agak banyak, sebagian beliau sendiri yang menulisnya, lalu
dibacakannya kepada orang banyak .Sebagian  beliau yang
merencanakannya saja kepada para sahabatnya. Untuk mengira jumlah
kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebagian besar  telah
hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di
Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Kalaulah
keterangan di atas boleh di-pertanggungjawab-kan maka dapatlah kita membuat
satu kesimpulan bahawa Asy-Syafi’i Rohimahulloh  telah memulai
penulisannya sewaktu beliau di Makkah , dan kemungkinan kitabnya yang pertama
yang dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”. Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab
Qadim
Di
samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh
para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandung fatwa Mazhab Qadim yaitu
“Al-Hujjah”.  keterangan mengenai kitab inipun  tidak
menunjukkan bahawa itu adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu
Fiqih semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu
jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menuliskan itu pada waktu beliau
berpindah ke negara itu pada kali keduanya, yiaitu di antara tahun-tahun 195 –
197H.
Bersama-sama
“Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqih yang
beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para
sahabatnya di Iraq,diantaranya seperti kitab-kitab berikut :
  • Al-Mahali
  • Kitab
    Al-Hajj
  • Kitab
    Zihar
  • Majma’
    Al-Kafi
  • Kitab
    Al-I’tiaf
  • Kitab
    Lian
  • Uyun
    Al- Masail
  • Kitab
    Buyu’
  • Kitab
    Hudud
  • Kitab
    Al-Sunan
  • Kitab
    Al-Rahn
  • Kitabqodhya
  • Kitab
    Thaharah
  • Kitab
    Al-Ijarah
  • Kitab
    Illa
  • Kitab
    Asalah
  • Kitab
    Nikah
  • Kitab
    Al-‘Itqu
  • Kitab
    Al-Zakah
  • Kitab
    Thalaq
  • Kitab
    Hibah
  • Al-Shiam
  • Kitab
    Shadaqoh
  • Dan
    Lain-Lain

Setengah
riwayat pula  menyebutkan bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh Asy-Syafi’i
Rohimahulloh adalah didalam bentuk Tanya jawab, yaitu satu penulisan yang
ditujukan pada fuqaha’ ahlil-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka
terhadap Imam Malik Rohimahulloh dan fuqaha’AlMadinah
Kenyataan
mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Asy-Syafi’i
Rohimahulloh : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam MalikRohimahulloh ) telah
berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawaban
terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui
pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka.
Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab
Muhammad bin Al-Hasan untuk saya baca. Saya membacanya selama setahun sehingga
saya dapat menghafalkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di
Baghdad. Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kitab pertama
yang dihasilkan oleh Asy-Syafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam
bentuk jawaban dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara
penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih
awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, yaitu di antara tahun-tahun 184 –
186 H.
Metode
Penyusunan kitab

Methode Penulisan Kitab-Kitab Qadim . Berhubung dengan methode penulisan kitab
“Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat di pastikan dengan yakin kerana naskah
asalnya belum diketemukan , kemungkinan masih ada naskah asalnya atau kemungkinan
juga sudah hilang atau rusak dimakan zaman. Walau bagaimana pun ini hanya satu
kemungkinan saja. dari methode penulisan di zamannya sangat diwarnahi dengan
perbedaan pendapat pada mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah,
umpamanya perbedaan pendapat di antara mazhab beliau dengan Mazhab Hanafi dan
juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um”
yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. 
Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kitab
itu dijadikan pada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk tersendiri.
Didalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqih yang tunduk
kepada tajuk besar yaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab
“Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua
kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”. banyak di antara
para sahabatnya di Iraq yang meriwayatkan fatwa-fatwa qadimnya, di antara yang
termasyhur ada empat orang `Ulama yaitu :
  1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240 H.
  2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260 H.
  3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245
    H.
  4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241 H.

Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya
meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqih. Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun
199 H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya.
Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru
yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang
sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab
qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada
di Mesir. Yang kesahihannya selama ini belum beliau ketahui. Kerana itu beliau
telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada
prinsipnya :“Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab
saya”.Di dalam kitab “Manaqib Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyebut nama
beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang dikarang oleh Imam Asy-Syafi’i dan
diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-

1. Al-Risalah 2. Kitab al-Siyam 3. Kitab al-Sadaq 4. Kitab al-Hudud 5. Kitab
al-Rahn al-Saghir 6. Kitab al-Ijarah 7. Kitab al-Jana’iz
Menurut Al-Baihaqi lagi Asy-Syafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab
lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu
menunjukkan bahawa Asy-Syafi’i Rahimahullah melarang para sahabatnya
meriwayatkan pendapat-pendapat lamanya yang ditolak oleh orang banyak. Walaupun
begitu kita masih menemui pendapat-pendapat qoul qodim beliau itu di dalam
kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya baik kitab-kitab yang ditulis oleh fuqaha’ yang
terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini berlaku kerana
kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan
lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutama di
kalangan ulama yang menerima pendapat-pendapatnya yang belum mengetahui akan
larangan beliau .Para fuqaha’ itu bukan saja mencatat pendapat-pendapat lamanya
di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang
berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya didukung
oleh hadis-hadis yang sahih.Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap
menyalahi kehendak Asy-Syafi’i,Rahimahullah malahan itulah pendapat mazhabnya
yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih
itulah mazhab saya”.Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak didukung
oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab
Al-Syafi’i :


Pertama :
Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid
MazhabAl-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i Rahimahullah yang
tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i
Rahimahullah) apabila ia mengeluarkan pendapat barunya yang berbeda dengan
pendapat lamanya tidaklah bererti bahwa ia telah menarik pendapat pertamanya,
bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.

Kedua :
Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’Mazhab
Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua yang berselisihan yang
mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya.


Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H ) Kitab-kitab Mazhab Jadid

Di antara kitab-kitab beliau yang penulisannya di Mesir diantaranya ialah :
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam
kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’ 2. Kitab al-Tayammum 3. Kitab al-Taharah 4. Kitab Masalah
al-Mani 5. Kitab al-Haid

B) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah 7. Kitab al-Imamah 8. Kitab al-Jum’ah 9. Kitab
Solat al-Khauf 10. Kitab Solat al-‘Aidain 11. Kitab al-Khusuf 12. Kitab
al-Istisqa’ 13. Kitab Solat al-Tatawu’ 14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah 15. Kitab
al-Jana’iz 16. Kitab Ghasl al-Mayyit

c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah 18. Kitab Zakat Mal al-Yatim 19. Kitab Zakat al-Fitr 20.
Kitab Fard al-Zakah 21. Kitab Qasm al-Sadaqat

d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir 23. Kitab Saum al-Tatawu’ 24. Kitab al-I’tikaf

e) Di dalam bab Haji :
25. Kitab al-Manasik al-Kabir 26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir 27. Mukhtasar
al-Haj al-Saghir

f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’ 29. Kitab al-Sarf 30. Kitab al-Salam 31. Kitab al-Rahn
al-Kabir 32. Kitab al-Rahn al-Saghir 33. Kitab al-Taflis 34. Kitab al-Hajr wa
Bulugh al-Saghir 35. Kitab al-Sulh 36. Kitab al-Istihqaq 37. Kitab al-Himalah
wa al-Kafalah 38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah 39. Kitab
al-Iqrar wa al-Mawahib 40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir 41. Kitab
al-Iqrar al-Akh bi Akhihi 42. Kitab al-‘Ariah 43. Kitab al-Ghasb 44. Kitab
al-Shaf’ah

g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah 46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah 47. Kitab al-Kara’ wa
al-Ijarat 48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir 49. Kitab Kara’ al-Ard 50. Kara’
al-Dawab 51. Kitab al-Muzara’ah 52. Kitab al-Musaqah 53. Kitab al-Qirad 54.
Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat

h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :

55. Kitab al-Mawahib 56. Kitab al-Ahbas 57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba

i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith 59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq 60. Kitab
Taghyir al-Wasiah 61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit 62. Kitab Wasiyat
al-Hamil

j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith 64. Kitab al-Wadi’ah 65. Kitab al-Luqatah 66. Kitab
al-Laqit

k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah 68. Kitab Tahrim al-Jam’i 69. Kitab
al-Shighar 70. Kitab al-Sadaq 71. Kitab al-Walimah 72. Kitab al-Qism 73. Kitab
Ibahat al-Talaq 74. Kitab al-Raj’ah 75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz 76. Kitab
al-Ila’ 77. Kitab al-Zihar 78. Kitab al-Li’an 79. Kitab al-‘Adad 80. Kitab
al-Istibra’ 81. Kitab al-Rada’ 82. Kitab al-Nafaqat

l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd 84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat 85. Kitab Istidam
al-Safinatain 86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin 87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad 88.
Khata’ al-Tabib 89. Jinayat al-Mu’allim 90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam 91.
Kitab al-Qasamah 92. Saul al-Fuhl

m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud 94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah 95. Qutta’ al-Tariq 96.
Sifat al-Nafy 97. Kitab al-Murtad al-Kabir 98. Kitab al-Murtad al-Saghir 99.
Al-Hukm fi al-Sahir 100. Kitab Qital ahl al-Baghy

n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah 102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i 103. Kitab al-Rad
‘ala Siyar al-Waqidi 104. Kitab Qital al-Mushrikin 105. Kitab al-Asara wa
al-Ghulul 106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy 107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah

o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab 109. Kitab al-Dahaya al-Kabir 110. Kitab
al-Dahaya al-Saghir 111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih 112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah

p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi 115. Kitab al-Shahadat 116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin
ma’a al-Shahid 117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat 118. Kitab al-Aqdiah 119.
Kitab al-Aiman wa al-Nudhur

q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq 121. Kitab al-Qur’ah 122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half 124. Kitab al-Wala’ al-Saghir 125. Kitab
al-Mudabbir 126. Kitab al-Mukatab 127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad 128. Kitab
al-Shurut

Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang dikatagorikan
oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi
hukum-hukum furu’, seperti :-

1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith 2. Kitab Jima’ al-Ilm 3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an 5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla 6. Kitab
Sifat al-Amr wa al-Nahy 7. Kitab Ikhtilaf Malik wa Asy-Syafi’i 8. Kitab
Ikhtilaf al-‘Iraqiyin 9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan 10. Kitab ‘Ali
wa ‘Abdullah 11. Kitab Fada’il Quraysh.

Ada sebuah lagi kitab Asy-Syafi’i yang dihasilkan dalam Ilmu Fiqah yaitu
“al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya
dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah
ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.

Sahabat
dan murid-murid Beliau

Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad
sampai ke Mesir. lahirtahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab
Ushul Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’I pada suatu hari, di
mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang
mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang
utama, penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang
pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar
Rabi’i” maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali
satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar
Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl.
juga).


Al Muzany (175 – 264 H) 

Nama lengkap beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir
di Mesir 175 H dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl. Imam Syafi’i Rhl.
pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela
Madzhabnya. Setelah Imam al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan
kedudukannya dalam halaqoh Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264
H. (60 tahun terkemudian dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah seorang ulama yang saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak
mengarang kitab fiqih Syafi’ iyah, seumpama :

l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.


Al Humaidi (wafat 219H) 
Nama langkap beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi.
Beliau adalah juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah. 
Beliaulah yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah,
sehingga beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219
H.
Inilah di antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rahimahullah. yang
kemudian menjadi Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i. Dengan
perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke
pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq,
ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke
Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan
Indonesia. 

Beliau-beliau ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan
tulisan. Selain dari itu ada dua orang murid Imam Syafi’i Rahimahullah., yaitu
Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri
yang kemudian dikenal dengan nama Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad
bin Abdul Hakam, seorang Ulama murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
yang ilmunya tidak kalah dari al Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya
berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat dalam tahun 268 H. di Mesir.
Nama lengkap beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di
desa Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar
Rabi’i bin Sulaiman al Muradi. Imam Syafi’i Rahimahullah berkata: “Tidak
seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari Yusuf bin Yahya
al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rahimahullah. berwasiat, manakala beliau wafat
maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah
Al-Buwaithi ini.
Beliau menggantikan Imam Syafi’i Rahimahullah berpuluh tahun dan pada akhir
umur beliau ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk
atau tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu
dibawa dengan ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara
di Bagdad tahun 231 H.

Beliau syahid karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu
i’tiqad kaum ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah
kalam Allah yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).

IRT Ini Menghasilkan 38,7jt/bln via Internet 

Dia melakukannya dirumah sambil masak dan momong anak. Simak kisah lengkapnya..

 

>>oke saya mau<<

Related Post "BIOGRAFI LENGKAP IMAM SYAFI’I"

GUS DUR, PANJENENGAN IKU ANEH & KERE
Gus Dur, Panjenengan Iku Aneh & Kere -
MENGENAL CAK NUN (EHMA AINUN NAJIB) LEBIH DEKAT
Mengenal Cak Nun (Emha Ainun Najib) Lebih
SAAT PROFESSOR YAHUDI MEMBENARKAN ISLAM
Saat Profesor Yahudi Membenarkan Islam - Saat Kita mencoba
5 FAKTA NAJWA SHIHAB DAN SISI LAIN HIDUPNYA
5 Fakta Najwa Shihab Dan Sisi Lain Hidupnya -